Friday 18 November 2011

Ubat Sakit

"Ketika kurasakan diriku bersendirian tanpa teman..
Kusedari ada DIA yang menemaniku..
Ketika kurasakan hatiku dilukai..
Kusedari ada DIA yang merawat kelukaanku..
Ketika kurasakan diriku kehilangan cinta..
Kusedari ada DIA yang menemukan aku dengan CINTANYA. 

Namun masih belum ketemui di mana DIA dihatiku..
Mahu mencintaiNYA tapi bukan mudah menghadirkan rasa cinta padaNYA..
MencintaiNYA tak semudah mengungkapkannya.
Malunya aku kerana tak mampu mencintaiNYA setulus cintaNYA padaku.

Akal tahu, hati mahu..
Tapi masih belum mampu menepis kecintaan pada dunia…
Daerah hatiku masih berperang antara cinta palsu dan cinta hakiki..
Rupa-rupanya hatiku masih sakit.."


p/s: Aku jumpa nota nih dari hasil nukilan cinta1 pada comment blog..Aku tertarik dengan nukilan dia dan terus print dan tampal pada dinding sebelah katil aku..

p/s/s: Kalau aku sakit..Aku akan baca nota nih..Nota yang boleh membangkitkan semangat aku dari apa-apa sakit dan mempunyai ubat untuk memberi kekuatan kepada aku..
Yea..Hati aku masih sakit..Aku masih sakit..Kerana aku masih tak mampu menemui cintaNYA dihatiku..Hati aku sakit..


No comments: