Saturday 2 March 2013

Sarung Lengan / Arm Socks (Love Shape) For Online Sale!

Hai dan Salam! Pada sesiapa yang nak kan sarung lengan yang comel..Boleh lah tengok-tengok cuci mata anda dulu dengan memilih yang mana satu anda suka!


Sarung Lengan Pandangan dekat..Comel ni haa!

Ada warna Putih, Hitam, Ungu, Merah Jambu, Coklat dan Biru! Pilih-pilih!

Sarung lengan ni diperbuat daripada spandex, tidak jarang & tidak melorot bila dipakai.


Harga: RM6 sepasang / RM20 empat pasang.(Tidak termasuk Postage)
Panjang: Dalam 11-13 inch
Warna: Hitam, Putih, Biru, Merah Jambu, Coklat dan Ungu.

Cara membuat order:
1. Order boleh dilakukan dengan menghantar direct email ke email norfardila@gmail.com. Subject letak '
    'order sarung lengan'
2. Setiap order akan diterima berdasarkan bilangan stock yang ada sahaja.
3. Semua email akan dibalas dalam masa 48 jam (hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat sahaja). Sila ambil
    perhatian saya tidak akan reply email anda serta merta selepas anda email.
3. Jumlah harga pembelian perlu ditambah mengikut postage terms yang telah ditetapkan.
4. Pembayaran boleh dilakukan dengan deposit cash dan online transfer Maybank(akan dibagi tahu dalam
    email). Dan sediakan bukti bayaran lengkap berserta online receipt dan email kepada admin.
5. Penghantaran barangan adalah dilakukan setiap hari Rabu sahaja.


Baik lah..Terima Kasih! Email ye!

Saturday 16 February 2013

3D Chiffon Flowers

Setelah aku berjaya mencari ruang..Aku telah berjaya mencantikkan satu lagi baju kurung..Tadaaaaaa..!!




Aku menggunakan teknik menampal 3D Flowers banyak-banyak dekat baju nih..keh keh keh..Teknik la sangat!


Ok bye!

Tuesday 29 January 2013

Crumble Beads

Crumble beads! Aku ada la sekarang dah menjinak-jinakkan diri dengan aktiviti menjahit manik nih..Tetiba plak aku suka jahit benda alah nih..Nampak agak rumit dan perlukan kesabaran yang amat la tinggi..
Haritu aku bantu kawan baik aku untuk jahitkan manik pada baju kurung dia untuk majlis konvokesyen lepas..Hadiah konvokesyen la katakan..Tadaaaa..Ini lah hasil nya..



Tips: Jahit satu persatu manik..Aku lebih suka selerakkan manik-manik nih dengan kiraan dan susunan yang sama..Erk..Ayat da macam !@##$%^&&..



P/s: Sesiapa yang ingin tempah manik pada baju, boleh la hubungi aku..Aku boleh bantu korang! Heee..Tetiba promote.. =p

Wednesday 9 January 2013

Cara Kurangkan Berat Badan

Ok! Sekarang aku menghadapi masalah 'berat badan'..Bukan gemok ok..Badan terlebih berat ja..=.="..Haishhhh..Kalau dok menatap gambar-gambar lama, aku terasa aku ni sangat-sangat la slim..Sampai terfikir.."Macam mana aku boleh jadi gemok macam ni!!!!!!!!!!!!!"..

Huh! Salahkan kelas "Kitchen Operation" !! Sebab kelas itu lar aku makan banyak dan tergoda dengan makanan yang disiapkan oleh budak-budak kelas aku..

Salah aku jugak tak reti nak jaga pemakanan..

Selepas beberapa bulan terdengarlar suara-suara sumbang mengatakan.."Dulu masa ko mula-mula masuk Degree dengan kitorang aku tengok ko slim jer.." .."Aihhhhhh..Gemok dah kitak hooo??".. dan paling latest skali "Besar nya kaki anjang~"

Oh my~ Oh my~ Oh my..

Aku mesti kurussssssssssss!! Ok..bukan kurus..Tapi menuju kembali ke berat badan ideal aku..

So sekarang aku tengah cuba untuk mengurangkan berat badan..Cara-caranya:

1. Minum 4 Liter Air sehari..Mampus la ulang alik ke tandas..
2. Mengira kalori makanan aku..So aku hanya boleh makan sebanyak 1200 kalori sehari!!!!
3. Memperbanyakkan waktu makan..Maksudnya, aku akan makan 5 kali sehari..Breakfast, Snacks, Lunch, Snacks, Dinner (Before 7 p.m.)
4. Minum teh tanpa gula sebelum tidur..
5. Exercise..Ok, yang ni aku blom buat dengan kadar yang banyak..Cukup lar sekadar membuat kerja rumah dan kerja dipejabat..

Oh..Hasilnya???

Bergantung dengan disiplin kita dan usaha..


Ok sekarang aku tengah memotivasikan diri untuk berat badan ideal.. ^.^v