Saturday 26 November 2011

Perempuan Ni Hati Spongebob




Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna dan menggunakan ayat yang berbentuk kasar kepada nya..Contoh nya..’Thanx Woman’ (bagi perempuan walaupun dia adalah perempuan..tapi apabila diajukan dengan ayat ‘perempuan’ bagi nya maksud itu adalah lain..Alaa..tgk ja drama melayu..Selalu nya word ‘perempuan’ tu diajukan kepada siapa??), PENIPU! dan ayat yang sewaktu dengan nya..Kerana kata-kata itu akan melekat dihatinya sampai bila-bila..Serius..Korang cuba laa..Sebab perempuan ni hati spongebob.. =.="

Kemudian..Apabila anda ingin memadamkan balik apa yang terlepas dari mulut anda dihati mereka..Anda seolah-olah menggunakan pemadam pen untuk memadam dakwat pen pada sehelai kertas..Walaupun korang dah padam dakwat pen itu..Kertas itu pasti ada bekas terkoyak walaupun sedikit..

p/s: Tetiba aku ingat pasal pemadam biru putih tuh..Sebelah boleh padam pen dan sebelah lagi pemadam pensel biasa..Aku tak suka pemadam tuh..Habis hancur paper aku..Masih ada jual agi ka pemadam tuh?? =p


p/s/s: Salam Maal Hijrah, 1433 Hijrah bagi semua kaum muslimin dan muslimat di Malaysia dan seluruh dunia.. =)


p/s/s/s: Weeeee..Esok aku ke SNBJ lagi!! Teruja kembali..Sakit hilang kembali..Har har har..

Friday 25 November 2011

Aku peminat Fakri..So what???

Tengok kenyataan Ahmad Fakri Saarani di kosmo tadi aku pun jadi sedih..Yea..Aku peminat Fakri..So what?? So, sapa kutuk dia..Aku kutuk balik..Har har har..Sebenarnya aku minat semua players Malaysia..Cuma ada sesetengah yang jarang kuar game tuh aku tak ingat dan tak tahu sangat diorang nih..Al-maklum lah..Aku mula tertarik dengan bola sepak Malaysia ni semenjak adik lelaki dan pak long aku selalu ajak aku tengok game waktu zaman kebangkitan players Malaysia dulu..So tak terlambat agi kan untuk aku kenal diorang nih??? Heeeeeeee...

Sambung sal Fakri..Selepas Fakri terlepas sepakan pada Final sukan sea hari tu..Orang tak henti-henti mengutuk dia..Kesian kat dia..Cuba bayangkan kalau waktu tuh..Kita kalah sebab Badrol Bakhtiar tak dapat masukkan bola..Apek tuh tak dapat tangkap bola..Agak-agak topik hangat waktu nih kutuk diorang berdua tu tak??..Kalau Fakri tak score waktu lawan Myanmar ritu..Agak-agak Malaysia dapat ka masuk Final??? Kesian kat dia..Kena kutuk dengan bahasa yang agak kesat..Agak-agak lar..Kalau Fakri ni tak hebat..Nape OKS still letak dia dalam sesetengah game?? Semestinya OKS tau kelebihan setiap permain..So you guys just shut up!! Kalau tak puas hati p daftar nama dan p jadi salah sorang permain bola sepak negara..Jangan hebat dalam KUTUK match jer..

Nak cakap sikit..Ramai sangat typical Malaysian skang nih..Jika anda tidak mampu menyokong ketika kalah..Jangan bersorak ketika menang..Tengok je lar masa game Malaysia lawan Syiria harituh..Lepas masuk jer bola ke-2 ketiang gol Malaysia..Dah hampir separuh stadium trus angkat nak berarak keluar ramai-ramai..Seolah-olah dah kecewa dan tak percaya kat pasukan kita lagi..Atleast, bagi lar sokongan sehingga tamat permainan..Dan aku bangga jer tengok Ultras Malaya dan sesetengah lagi orang yang stay lagi distadium (termasuk aku..har har har..)..Tu baru ar digelar penyokong sejati..Yang blah awal tu sila tanggalkan jersi anda awal-awal..

p/s: InsyaAllah, Malaysia lawan Bahrain aku akan p tengok lagi live distadium..Dengar orang cakap kali ni Syahrul dan Fadli akan beraksi..Weee!! Aku pun suka tengok diorang ni perform..

Thursday 24 November 2011

Otokajo

Pernah tak hadapi situasi bila kita dengar sesetengah lagu..Kita akan kembali ke dimensi atau dunia dimana lagu tu selalu berkumandang dulu..Yea ar..Aku tak pernah pun terfikir untuk melupakan terus semua yang berada dibelakang aku..Kata orang jadikan kehidupan dulu sebagai pengajaran untuk masa hadapan..

Jadi aku tak pernah pun berniat untuk melupakan semua yang telah berlalu..
Aku selitkan semuanya disesuatu tempat yang aku sendiri tidak tahu dimana..
Apa yang aku tahu..Aku selitkan semua kisah lalu rapi di ingatan aku..
Kadang aku ingat dan kadang aku tak akan ingat pun kisah lalu..
Tapi apabila aku dengar kembali atau terdengar kembali lagu-lagu pada waktu itu..Semua kisah itu datang kembali membanjiri aku seketika..
Dengan itu kita tahu yang semua kisah lalu masih lagi tersimpan rapi dalam ingatan kita..

Haaa..selain dari lagu..Apa yang kita suka makan waktu tu pun akan membuatkan kita ingat balik kisah-kisah dulu..Dulu waktu aku form 1..Aku dengan kengkawan aku suka makan gula-gula cloud 9 perisa butter dan ice lemon tea..Setiap kali pergi kelas tah sah kalau tak ada gula-gula tuh bawah laci meja..Huhuhu..Bila aku makan gula-gula tuh..Aku teringat kisah persahabatan diantara lalat, tikus, lipas, belalang, cicak dan paling bising si itik..Aku rindu waktu tuh..Aku dengan si lipas dulu suka tengok luar tingkap..Suka tengok orang yang lalu lalang ditepi pagar sekolah..Paling best kalau hari Jumaat..Kami usha sorang mamat comel yang akan selalu lalu situ pergi dan balik dari Masjid tepi sekolah kami..Kira waktu tu dia ala-ala lelaki soleh ar.. =3 Hahaha..Selain tuh..Setiap owner kereta yang lalu kami bagi dengan nama yang pelik..Siap tahu jam berapa kereta tu akan lalu..Al-maklum lah owner dia hensem..Tengok dari tingkap jadi la..Hahaha..Nakal rupanya aku waktu kecik-kecik dulu..Perangai tak senonoh..=.="

Berbalik kepada lagu..Sekarang aku dengar lagu Otokajo (What should I Do?)..Teringat Jang Guen Suk yang comel..Hurk Huh..=p

Friday 18 November 2011

Ubat Sakit

"Ketika kurasakan diriku bersendirian tanpa teman..
Kusedari ada DIA yang menemaniku..
Ketika kurasakan hatiku dilukai..
Kusedari ada DIA yang merawat kelukaanku..
Ketika kurasakan diriku kehilangan cinta..
Kusedari ada DIA yang menemukan aku dengan CINTANYA. 

Namun masih belum ketemui di mana DIA dihatiku..
Mahu mencintaiNYA tapi bukan mudah menghadirkan rasa cinta padaNYA..
MencintaiNYA tak semudah mengungkapkannya.
Malunya aku kerana tak mampu mencintaiNYA setulus cintaNYA padaku.

Akal tahu, hati mahu..
Tapi masih belum mampu menepis kecintaan pada dunia…
Daerah hatiku masih berperang antara cinta palsu dan cinta hakiki..
Rupa-rupanya hatiku masih sakit.."


p/s: Aku jumpa nota nih dari hasil nukilan cinta1 pada comment blog..Aku tertarik dengan nukilan dia dan terus print dan tampal pada dinding sebelah katil aku..

p/s/s: Kalau aku sakit..Aku akan baca nota nih..Nota yang boleh membangkitkan semangat aku dari apa-apa sakit dan mempunyai ubat untuk memberi kekuatan kepada aku..
Yea..Hati aku masih sakit..Aku masih sakit..Kerana aku masih tak mampu menemui cintaNYA dihatiku..Hati aku sakit..


Wednesday 16 November 2011

Marilah menuju kearah kejayaan




Sebelum nih aku pernah bermimpi dimana aku berada dalam keretapi hendak menuju ke satu destinasi..Aku pun tak tahu kemana..Semasa aku duduk dalam keretapi tuh aku terdengar laungan azan..Aku tak tahu tuh azan untuk solat apa..Sampai lah aku berhenti ke stesen terakhir iaitu stesen yang aku ingin tuju..Bila pintu keretapi itu terbuka..Aku tengok nama stesen tu STESEN MENUJU KEJAYAAN..Sekaligus mata aku terus tercelik dari tidur..Rupanya azan yang aku dengar dalam keretapi tuh azan subuh..Bererti aku berjaya untuk bangun dari tidur aku yang nyenyak untuk menunaikan solat subuh..Bila aku bangun aku tergelak sendiri sebab terasa lucu aku berhenti di stesen yang nama nya macam tuh skali..Memang nak beri motivasi bangun subuh ar mimpi tuh..

Subuh ni ramai yang tak amik kisah..Ada yang buat subuh gajah, janji bangun subuh dan ada jugak yang terus terlajak tidak subuh..Aku dulu pun macam tuh..Tapi apa salahnya kita berusaha untuk berubah dan menuju kejayaan..Macam mimpi aku..Hik hik hik..

Selalu sangat terfikir kenapa susah sangat nak bangun subuh nih..Terasa macam tidur diwaktu subuh tu sangat lar berkualiti..Sayang sangat nak bangun sebab nak menikmati tidur waktu itu..Tapi sebenarnya waktu tuh kita sedap tidur sebab didodoi oleh syaitan yang cemburukan ganjaran yang kita akan dapat jika kita bangun subuh..Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. .

Nabi SAW bersabda:

Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Tidak terasa hebat kah kita jika kita dapat lepas dari 3 ikatan yang konco-konco syaitan tuh buat..Bila kita bangun awal untuk subuh..Maka kita terlepas dari ikatan pertama..Yeay! Kita Berjaya..Kemudian kita terus pergi mengambil wudhuk..Yeay! Kita dah Berjaya sekali lagi untuk terlepas dari ikatan yang kedua dan seterusnya kita cepat-cepat untuk solat subuh..Sekali lagi kita adalah orang yang sedang menuju kearah KEJAYAAN untuk hari itu..Sudah pasti syaitan-syaitan tuh cemburu akan kejayaan kita..

Jadi salah satu cara untuk kita berjaya melepaskan diri dari ikatan tersebut adalah kita tanamkan perasaan dendam terhadap syaitan yang asyik nak cemburu dan nak jatuhkan kita..Cakap jer aku tak nak syaitan gelakkan kan aku bila aku masih dibuai tidur diwaktu subuh..Dalam kata lain, kita berusaha buat benda yang dia tak nak kita buat..Yelar, ni asyik nak simpan dendam sesama manusia lebih dari dendam terhadap syaitan..Sedangkan syaitan tuh musuh utama kita..

Bangun subuh nih banyak sangat manfaatnya..Udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak,  mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal..Tak rasa rugi ka kita tak dapat semua benda tuh free-free diwaktu pagi..Ni tak, kalau ada Sales Padini kita sanggup beratur panjang sebelum subuh..Ngeee..

Lepas tuh, Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nanti kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana saja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Seronok kan..Dapat pas masuk VIP plak tuh..Lagi hebat dari pas VIP red carpet di AJL..

Manusia yang paling kuat ialah manusia yang boleh bangun untuk solat Subuh! Jadi jum ramai-ramai jadi manusia yang paling kuat esok pagi..

Ianya semudah 1 , 2  dan 3..Mula-mula:
  1. Niat nak bangun awal kerana Allah..
  2. Tidur awal..Baca doa tidur.. 
  3. Set alarm kalau azan tak dengar sampai ke bilik tidur korang..Elok letak alarm yang berbunyi azan..Bila dengar alarm..Nekad terus untuk bangun dan jangan nak snoozekan alarm tuh pulak..

Psssttt..Buat bakal suami ku.. =3

Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Jadi buat bakal imam keluarga ku..Mengerjakan solat Subuh di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman. Ramai yang tak dapat melakukan solat Subuh di Masjid. Alangkah eloknya kalau bakal suami ku mampu mengerjakan subuh nya di Masjid..Jadi anda akan menjadi orang yang menuju kejayaan..

P/s: Salah satu cara nak tidur awal diwaktu malam adalah jangan tidur waktu petang..Tidur petang adalah habit aku..Haishhh..Tambah-tambah aku nih jenis yang kuat tidur..Kawan aku pernah cakap kalau dia tertidur petang, dia terasa rugi sangat sebab macam-macam lagi benda or aktiviti yang dia leh wat waktu tuh..Betol gak kan?..Manfaatkan waktu tuh dengan macam-macam aktiviti..Taaaaaaaaaaaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiiii..Aku masih lagi tak leh..Tetap gak tertidur petang tuh sebab terasa penat gila balik dari kelas..Haishhh..




Sunday 13 November 2011

Yang Terindah

Aku cuba untuk study..Lepas tuh aku pasang lagu 'Yang Terindah' dalam lappy aku..Lagu tuh berputar berulang-ulang kali sepanjang aku menelaah buku aku tuh..Kalau ada room mate aku skang mesti dia nak muntah dengar lagu nih..

Kenapa aku tak letak ja banyak-banyak lagu dalam playlist winamp nih..Boleh jer letak banyak-banyak..

Erk..Aku dah kenapa tak letak lagu banyak-banyak dalam playlist nih??? Malas..Malas untuk klik-klik button pada winamp, nak cari folder, nak pikir lagu apa nak diletak..


Haishh..Esok tak dapat jawab test..Aku tulis ja lirik lagu nih kat paper test..

What is strategic planning??
Kau yang bernama cinta..Kau yang memberi rasa..Kau yang ilhamkan bahagia..Hingga aku terasa indah..

Friday 11 November 2011

Ada apa dengan nombor 11????

Sekarang semua orang sibuk dengan nombor 11 tuh..Aku pun hairan..Rupanya hari nih 11.11.2011..Patut lar~~..Bila tengok semua nombor 11 tuh aku tiba-tiba teringat dengan ada apa dengan nombor 11 tuh..Dulu aku ni terjebak sikit tengok The Arrivals..Aku tengok sampai habis siri tuh..Sambung balik ada apa dengan nombor 11..Sebenarnya nombor 11 itu adalah satu kepercayaan diorang iluminati..Bagi diorang 11 tuh !@#$%%^ diorang..Ada apa dengan 9 11??  Bila 9+1+1=11..Haaaa..Tu lar 11..Heeeeee..Aku takto nak explain macam ne..Lau nak tau lebih lanjut..Sila la tengok The Arrivals Episode 43-The Symbolism of 9 11.. =)

p/s: Aku malas letak link youtube kat sini..Berat~~

Friday 4 November 2011

Pagi lagi




Hari ini aku terbangun kembali..
Tiada apa pun yang berbeza..
Tidak terpacak pun yang aku inginkan di depan mataku disaat mata aku tercelik..
Hari aku masih seperti hari-hari yang telah aku lepaskan..
Masih sama..
Perasaan yang sama..
Jiwa yang sama..
Hati yang sama..
Diriku yang sama..
Ingin aku lepaskan perasaan, jiwa, hati dan diriku yang sama..
Seperti hari-hari yang telah aku lepaskan..
Buang, ikatkan, lekatkan, gamkan, semuanya bersama hari-hari lepas..
Aku ingin bebas..Dari semuanya itu..