Thursday 31 May 2012

Kerja Kosong Di Travel Agent

Dulu aku slalu google key word 'KERJA KOSONG '..Nak cari kerja amat lah susah dan mencari pekerja pun bukan nya senang..Tapi sebelum untuk mencari kerja, kita kena pikir betoi-betoi..Kita hendak pilih kerja atau kerjaya..

Someone told me about it..Pada mulanya aku pilih kerja, yaaa, kerja..skang nih susah gila nak cari kerja..Amik je la pluang yang ada asalkan kerja..Tapi lama kelamaan aku pilih kerjaya..

Sebab aku sudah pun planning sesuatu untuk masa depan aku..Jadi buat apa aku buang masa untuk bekerja tanpa kerjaya..Oleh kerana aku ni graduate dari bidang pelancongan jadi aku memilih untuk menceburi bidang travel agensi sebagai permulaan kerjaya aku..Jadi selalu la aku dok google 'KERJA KOSONG DI TRAVEL AGENT'..Heheh..Susah gak tau nak cari kerja nih..Haishhh..

=)

Monday 21 May 2012

Tom Yam Ayam Merah

Minggu yang lepas-lepas disebabkan aku kebuloq nak makan Tom Yam Ayam Merah dan disebabkan aku berada di Sarawak (Susah nak jumpa Tom Yam Merah yang sedap =( ) , jadi aku memulakan projek 'Masak-masak di dapo'..Dengan penuh tekun nya aku macam orang nak buat 'assignment esok nya nak hantar'..Aku dok google resepi-resepi di laman sesawang nih..Jumpa dan aku tuka-tuka sedikit ikut citarasa aku dan pengalaman aku yang dok makan Tom Yam Merah selama 'seminggu berturut-turut' semasa aku dok study di Puncak Alam dulu (betol tak tipu~ sampai perut aku hangat-hangat macam terbakar dari dalam, tapi tetap nk melantak Tom Yam..Lepas tu tobat then sambung balik makan Tom Yam..Hee)..

Tadaaaaa..Ni hasilnya..=)


Resepi Tom Yam Ayam Merah Adalah:

Untuk isi Tom Yam..
1. Isi ayam secukupnya (Nak seafood pun boley)
2. Tomato dan lobak merah secukupnya yang dipotong wedges (Nak sayuran yang lain pun boley)
3. Bawang besar secukupnya dihiris

Haa..Yang ni bahan nak ditumis pada permulaan masakan dengan 'sedikit' sahaja minyak (ada yang tak tumis sekadar masukkan kedalam air rebusan ayam)
4. Bawang merah 2 biji
5. Bawang putih 3 biji
6. Serai 5 batang dititik
7. Daun limau purut 4-5 helai
8. Cili padi mengikut citarasa
p/s: Sesetengah orang ada letak halia dan lengkuas..Tapi aku tak guna..So terpulang la ye..

 Bahan yang terakhir..
8. Serbuk cili secukupnya
9. Thai chili paste 2-3 sudu
10. Air limau purut mengikut citarasa
11. Garam dan kiub ayam secukupnya
p/s: Aku tak guna asam keping sebab dah guna air limau purut

Cara memulakan projek DIY kita:
1. Tumis semua bahan yang perlu ditumis, jangan sampai garing dan hitam, sekadar bahan itu mengeluarkan aroma yang menyelerakan.
2. Masukkan isi ayam dam tambah dalam 6 gelas air atau lebih dan biarkan supaya ayam itu mengeluarkan stok ayam semulajadi.
3. Masukkan Thai chili paste dan serbuk cili secukupnya.
4. Masukkan tomato, lobak merah dan bawang besar.
6. Air limau purut, garam dan kiub ayam secukup rasa. Nak lebih masam letak la lebih air limau purut.
7. Siap!


p/s/s: Memasak ni tak memerlukan kepakaran sangat pun, kalau kita tau menggunakan deria bau, lihat dan rasa kita, maka hasilnya mungkin berjaya..Heheh..


Friday 4 May 2012

Tumit Kaki Pecah!!

Skang aku tengah alami satu keadaan yang amat aku kurang senang..Haissshh..Tak pernah ada masalah macam ni sebelum ni tiba-tiba masalah ni nak berkenalan dengan aku..Aku tak suka kalau tumit kaki ni merekah..Yelar..Tak cantik ar kaki kita sebagai seorang perempuan lau tumit tu dah mula merekah..

Faktor-faktor yang menyebabkan tumit kaki kita merekah sebab terdedah dengan keadaan yang lembab, seperti dibilik mandi, dan mungkin sebab terlalu lama berdiri..Yelar, skang banyak kerja rumah nak disettlekan setiap hari..Selain tuh, bila slalu sangat pakai kasut tinggi pun boleh wat kaki kita ni tak sihat..

Tapi keadaan tumit aku tak lar teruk sangat..Sekadar ada 1 garis rekahan je..Tapi keadaan tu pun dah merisaukan aku sebab aku takut lak nanti jadi semakin truk..Jadi aku pun dok google kot-kot ada petua untuk tumit kaki nih..Ada yang cakap kena guna getah betik muda, belimbing buluh, dan macam-macam lagi..

Aku ni dah lar agak malas nak mencari benda-benda tu semua..Jadi aku just guna cara aku sendiri..So aku guna Vaseline je..Senang jer..Sebelum tidur atau bila-bila masa jer..Apply la Vaseline petroleum gel ni kat kaki..

Terbukti tau produk ni elok untuk kaki kita..Sebab waktu aku dok asrama masa diploma dulu aku rajin la sikit apply benda ni kat kaki..So masalah tumit tu takder..Tapi skang jadi malas..Babtu la tumit merekah balik..Ceh..Aku macam nak promote lak product nih..Tapi kegunaan vaseline nih banyak tau..Leh la cek kat sini...

 Ni ha gambar vaseline tuh..~.^ nak promote gak..Ahahaha..