Friday 25 November 2011

Aku peminat Fakri..So what???

Tengok kenyataan Ahmad Fakri Saarani di kosmo tadi aku pun jadi sedih..Yea..Aku peminat Fakri..So what?? So, sapa kutuk dia..Aku kutuk balik..Har har har..Sebenarnya aku minat semua players Malaysia..Cuma ada sesetengah yang jarang kuar game tuh aku tak ingat dan tak tahu sangat diorang nih..Al-maklum lah..Aku mula tertarik dengan bola sepak Malaysia ni semenjak adik lelaki dan pak long aku selalu ajak aku tengok game waktu zaman kebangkitan players Malaysia dulu..So tak terlambat agi kan untuk aku kenal diorang nih??? Heeeeeeee...

Sambung sal Fakri..Selepas Fakri terlepas sepakan pada Final sukan sea hari tu..Orang tak henti-henti mengutuk dia..Kesian kat dia..Cuba bayangkan kalau waktu tuh..Kita kalah sebab Badrol Bakhtiar tak dapat masukkan bola..Apek tuh tak dapat tangkap bola..Agak-agak topik hangat waktu nih kutuk diorang berdua tu tak??..Kalau Fakri tak score waktu lawan Myanmar ritu..Agak-agak Malaysia dapat ka masuk Final??? Kesian kat dia..Kena kutuk dengan bahasa yang agak kesat..Agak-agak lar..Kalau Fakri ni tak hebat..Nape OKS still letak dia dalam sesetengah game?? Semestinya OKS tau kelebihan setiap permain..So you guys just shut up!! Kalau tak puas hati p daftar nama dan p jadi salah sorang permain bola sepak negara..Jangan hebat dalam KUTUK match jer..

Nak cakap sikit..Ramai sangat typical Malaysian skang nih..Jika anda tidak mampu menyokong ketika kalah..Jangan bersorak ketika menang..Tengok je lar masa game Malaysia lawan Syiria harituh..Lepas masuk jer bola ke-2 ketiang gol Malaysia..Dah hampir separuh stadium trus angkat nak berarak keluar ramai-ramai..Seolah-olah dah kecewa dan tak percaya kat pasukan kita lagi..Atleast, bagi lar sokongan sehingga tamat permainan..Dan aku bangga jer tengok Ultras Malaya dan sesetengah lagi orang yang stay lagi distadium (termasuk aku..har har har..)..Tu baru ar digelar penyokong sejati..Yang blah awal tu sila tanggalkan jersi anda awal-awal..

p/s: InsyaAllah, Malaysia lawan Bahrain aku akan p tengok lagi live distadium..Dengar orang cakap kali ni Syahrul dan Fadli akan beraksi..Weee!! Aku pun suka tengok diorang ni perform..

No comments: