Monday 25 June 2012

Sahaja Aku Mencintai Mu

Sahaja aku mencintai Mu Ya Allah..


Ya Allah..Kau lapangkan lah hati ku..


Ya Allah..Kau kuatkan lah hati ku..


Ya Allah..Kau tenangkan lah hati ku..


Ya Allah..Kau sabarkan lah hati ku..


Ya Allah..Kau jagalah hati ku..


Ya Allah..Kau bagi lah hati ku hanya mengukir nama-nama mu..


Jangan biarkan hati aku rosak, busuk, hancur, kabur, luluh kerana dunia..


Dunia merosakkan kan aku..Dunia melalaikan aku..


Jauhkan aku dari semua ini..


Ya Allah..Aku sedih..Aku sedih dengan ujian yang Engkau berikan..


Jadikan aku orang yang besabar..Hilangkan rasa sedih itu dengan sabar..


Kerna aku yakin Engkau janjikan Syurga buat orang yang bersabar..


Ya Allah..Aku yakin..Aku yakin..Engkau sedang melihatku..


Engkau sedang mengujiku..Dan aku percaya Engkau sayangkan aku..


Ya Allah..Didiklah aku..Permudahkan lah aku..


Mengungkap namaMu dengan hati ku..Penuh dengan kasih..Penuh dengan cinta dan sayang padaMu..


Didik hatiku dengan Sahaja aku mecintaiMU..






Tuesday 19 June 2012

Datang Bulan :Tips Buat Lelaki

Perempuan memang dengan sinonim dengan penyakit datang bulan nya..Jadi sesiapa yang ada mak, ada bini atau awek, ada akak dan adik perempuan kena lar memahami situasi kami sebagai perempuan diwaktu datang bulan..

Jadi ada dua perkara yang penting dan perlu diketahui tentang perempuan yang datang bulan nih..So, bila dah tau, baru la tau macam mana nak jaga kaum-kaum yang mempunyai keistimewaan yang unik nih..

Salah satu sindrom datang bulan nih adalah emosi tak Stabil...Jadi cepat marah, sensitif, cepat nak menangis, dan sebagai nya..Saat-saat ni perempuan pun tau dia dah nak masuk bulan bila tetiba ja perangai dia jadi macam nih..Waktu nih, jangan la nak wat hal atau buat perkara yang boleh membuatkan emosi diorang tak stabil..Benda kecik pun akan jadi besar..Serius..Sangat betol..Jadi jaga lah hubungan elok-elok dan mengalah je lar apabila tahu itu bulan dia..Sebut pasal mengalah, mengalah bukan bererti anda akan kalah..=) Bila anda mengalah benda itu akan sekaligus dapat meredakan perempuan comel itu dan dia akan sedar akan kesilapan dia sendiri dan kemudian, pasti dia akan meminta maaf balik..Sweet kan?

Lelaki/Suami yang bijak akan tanda tarikh-tarikh orang yang dia sayang datang bulan..So, nanti tau la waktu bila dia perlu berhati-hati dengan emosi yang tak stabil yang bakal melanda..=)

Kemudian Sengugut!..Senggugut nih memang best friend dengan perempuan yang datang bulan..Sapa yang tak kena senggugut nih memang untung lah..Tak payah da nak takut dengan sakit yang bakal datang setiap bulan..Aku memang setiap bulan takut dengan sengugut yang bakal datang tiap bulan..Sakit gila..Sampai boleh jadi ulat gonggok dok berpusing-pusing atas katil untuk mendapatkan posisi yang sangat selesa..Jadi jadilah orang yang dapat membantu mereka waktu-waktu genting nih..


Ubat terbaik waktu sengugut adalah air halia suam dan minyak panas untuk diletakkan diatas bahagian perut..Lau rajin, bantu la masak air panas dan letak dalam botol untuk tuam atas perut..Sangat selesa.. 


p/s: Lelaki yang membeli tuala wanita dianggap cool atau comel oleh wanita atau perempuan yang lain dan semestinya mereka itu akan bercakap 'wahhh, untungnya suami tolong blikan..comelnya..'

p/s/s: Lelaki yang comel bila dia akan ingatkan perempuan tu dengan 'Eh, dalam minggu ni mungkin awak nak datang bulan..Sediakan payung sebelum hujan ek'..  (^.^)> Comelnyeeeeeee..Sayang pun semakin bertambah-tambah..


Sunday 17 June 2012

Semakin Tua

16 jun itu semalam..Dan semalam itu hari kelahiran aku..Pejam celik je..Tak sangka..Aku da menjangkau umur 24 tahun! Dulu semasa aku berumur 15, 16 tahun..Kira zaman budak remaja ar..Aku teringin sangat nak dapatkan umur kepala nya '2'..Heh..nak besar sangat la katakan..Tapi skang aku rasa, aku nak kembali ke zaman remaja aku balik!!!

Susah nya hidup sebagai seorang yang meningkat dewasa..Sekarang, sebagai seorang dewasa, terpaksa memulakan langkah untuk menempuh dunia yang penuh dengan cabaran..Cabaran nak menempuh alam pekerjaan, cabaran nak mulakan hidup sebagai seorang umi suatu hari nanti..Dan yang paling penting cabaran dunia sebelum menempuh akhirat..

Aku bersyukur kerana diusia yang sudah semakin menaik ni..Aku sudah kembali ke jalan hakiki yang patut aku lakukan sebagai seorang manusia, makhluk ciptaan Allah S.W.T..Alhamdulillah..Cetek sungguh ilmu dan amalan aku untuk mendapat tiket ke Syurga Akhirat..Semoga Allah S.W.T masih bagi aku peluang untuk mencari dan mengejar tiket yang telah sedia ada diberi free kepada semua manusia cuma usaha dan tawakal untuk mendapatkannya..Sedih apabila tersedar terlalu sedikit sangat masa untuk mengingati Allah S.W.T..Dalam 1 hari yang mempunyai 24 jam..Pernahkah aku sebagai makhluk Allah S.W.T rasa bersyukur dan mengingati Nya dalam masa 1 jam sahaja dari 24 jam??

Bila kembali kepada dunia, aku sebagai manusia pun masih lagi perlu untuk melakukan terbaik supaya aku dapat mendapat terbaik di alam dunia nih..Baru berjaya dunia akhirat kata orang..

Terlampau banyak jalan yang telah aku lukiskan dalam minda aku..Aku nak buat ni..Aku nak buat itu..Semua aku harapkan menjadi baik-baik sahaja..Tetapi mampukah aku nak melukiskan kembali jalan itu didalam perjalanan kehidupan aku..Aku nak kerja, aku nak jadi itu, aku nak nikah, aku nak jadi umi, aku nak jadikan mak pak aku taiko dok dirumah dan tak perlu nak sibuk mencari rezeki dah, aku nak bantu semua adik-adik aku supaya dapat merasa topi menara gading seperti mana yang aku rasa setakat nih..aku nakkk..semua aku nakkk..

Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangi dirimu..Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu..Jika doamu tidak dimakbulkan, Allah merancang yang terbaik untukmu..

Aku yakin, Allah S.W.T dah rancang yang terbaik buat aku..