Saturday 29 September 2012

Cara Elak "Sexual Harasment" Ditempat Kerja

Cara nak elak sexual harassment di tempat kerja adalah dengan terus blah dari tempat kerja..Heh! Ada banyak cara lain lagi sebenarnya..Tapi oleh sebab aku tak dapat menahan rasa sakit hati dan aku sudah pun hilang rasa hormat pada sesiapa ja yang dok bekerja di tempat kerja aku nih..Aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja..Geli weyh..

Tips dari aku..Jangan baik sangat dengan senior-senior lelaki ditempat kerja..Dari awal kena la berperibadi tegas sikit..Ni jangan bila dah kena, baru nak buat muka ketat dan suara marah-marah sikit bila bercakap dengan mereka..Huh! Tapi mungkin tak semua ditempat kerja tu nanti lelaki sial yang gatal..Kena la berjaga-jaga..

Tips kedua, bila dia mula tepok-tepok peha ko..Ko trus kasi penampar..Heh! Jangan tergamam..Tapi mungkin orang yang kali pertama terkena pasti tergamam..Aku lar tuh..Haih..nyesal tak kasi penampar..

Tips ketiga, kalau dia mula lar nak ajak ko p dating berdua, ko trus jawab kuat-kuat biar sampai staff lain dengar "apakata kita ajak bini ko dan anak-anak ko trus"..Biar dia malu skit..

Tips keempat, kalau dia nak bersalaman dengan ko, ko trus berlagak persis ustazah..Tapi memang patut pun jawab dengan orang bodoh macam tu..Cara aku jawab " Maaf, aku tak bersalam dengan bukan muhrim..Aku kasi penyepak jer".. Ok..itu aku tambah sendiri..

Dahtu bila dia mula pegang dan raba belakang badan ko, ko trus kasi flying kick kat dia..Ok..Itu aku tak buat..Sebab aku jadi kaku..Sungguh pelik..Kenapa aku jadi budak tergamam je bila terkena situasi itu..Mungkin ini kali pertama..Jadi aku langsung tak bersedia..So lain kali kena..Dah ada pengalaman..

Ok bye tempat kerja lama, dan say hello to menganggur..Mula la nak cari keja baru lepas ni..

Takpe, yang penting aku tak tertekan dan sakit hati bekerja kat sini..Boooooooooooooo!

Friday 21 September 2012

Hamba Teknologi


Dunia skrang penuh dengan teknologi..Setiap masa ada jer teknologi terbaru..Paling memberi impak terhadap kehidupan manusia sekarang adalah hand phone yang canggih-canggih dengan pelbagai menatang yang menghiburkan..Aku tak to la apa benda tuh..Sebab aku tak guna lagi benda canggih nih..Masih lagi menggunakan fon lama yang dah ada garisan pecah screen, keypad nya yang dah rabak..Heheh..Tolong la dermakan aku Samsung Galaxy Note..Sebab pakwe korea aku pakai fon tu dalam drama Love Rain..Heh~

Agak-agak kalau aku guna gak hand phone canggih tu aku jadi macam sesetengah manusia yang lost in the real world tak?? Yelar..Apa yang aku nampak, kawan-kawan ajak lepak, pada mula nya memang mesej nak wat gath tu bermula dari teknologi, contoh facebook, twitter dan sebagainya..Tapi bila dah jumpa didepan mata, duduk satu meja..Kita boleh tengok, masing-masing akan tetap memandang fon..Jadi masa untuk berborak dah takder..kalau leh kawan-kawan yang duduk satu meja pun boleh nak dok main comment dalam facebook..Reply twitter..Haihh..Masa terluang tu dah jadi tak bermakna..Lebih kurang je jumpa dalam facebook dengan jumpa dok melepak skali..

Paling kesian skali apabila family pun dah terjebak dengan benda macam tuh..Duduk makan satu meja pun dah takda komunikasi..Jadi kualiti dalam bersama keluarga itu dah takda..Nanti kalau laki aku buat macam tuh..Aku amik fon tuh aku masak buat sup..

Yang paling bahaya skali..Sudah takda da privacy life bagi seseorang itu..Semua kawan-kawan dia akan tau apa yang dia buat, apa yang dia makan seharian dan sebagainya..Sampaikan ada yang sanggup mendedahkan auratnya untuk tantapan ramai..

Benda macam ni akan bagi banyak masalah dikemudian hari..Contoh~ Bagi aku salah satu masalah yang aku boleh fikir akan terjadi adalah kita mungkin akan jumpa “lelaki yang pura-pura” tau segalanya tentang kita..Dah sudah..Mula la rasa macam “Wwahh..Dia lar jodoh aku”..Padahal, tiap-tiap hari post sana sini, facebook, twitter tentang kegiatan seharian..Bila Si Romeon cakap, “I tau u suka makan Ice cream Coklat”..Si Juliah pulak dengan happy nya “ Wahh..Macam ne tau?? Suke~ Suke~ “.. Padahal semua orang dah tau bila dia post kat twitter “ Hari ni aku makan my Peberet choc Ice Cream!! Takkan makan Ice cream flavor lain”..

Apa sebenarnya punca masalah ini..Adakah teknologi ataupun diri sendiri?

Mungkin kalau aku dah dapat Note Love Rain aku tuh..Aku tau apa perasaannya jadi hamba teknologi..Heh~

Wednesday 19 September 2012

Adakah mereka hanya mengenali PSY dan kurang mengenali siapa Nabi Muhammad S.A.W??


Adakah mereka hanya mengenali PSY dan kurang mengenali siapa Nabi Muhammad S.A.W??

Sebelum ni aku lihat banyak orang melatah tentang issue Gangnam..Semua warga facebook dalam daerah facebook aku nak mengeluarkan kenyataan bahawa Gangnam itu boleh merosakkan minda sebagai Islam..Gangnam itu memesongkan, tidak bermoral dan sebagainya..

Haihhh..Setiap hari sampai boleh dikatakan berhari2 berpekik betekak mengenai Gangnam..

Alahai..Aku perhatikan dalam masa beberapa hari ni.."Kurang" dan tiada siapa pun memekik dan membantah kan issue “Innocent of Muslims”. 

Sangat kurang warga Malaysia bersama2 dengan yang lain buat protes tentang filem bodoh dari manusia bodoh itu..

Nampak sangat dunia hiburan berjaya menarik perhatian si Peah dan si Luncai dan seterusnya mereka bercakap seperti si Ustazah dan si Ustaz mengenai issue hiburan yang tak matching dengan agama..Sedangkan si Peah dan si Luncai terdiam apabila issue sebenar yang menyedihkan umat Islam dipermain-main kan..

Sedih..sangat sedih..Bila manusia mula melupakan Kekasih yang telah lama merindui kita..

Takut..sangat takut..Bila memikirkan jikalau la Kekasih itu akan menepis tangan kita bila kita merayu meminta pertolongannya di neraka kelak..Yelar, kita tak pernah mengingati Beliau..Berhakkah kita untuk dapat mencapai tangannya nanti..

Betul kata Al-Quran, kita adalah umat diakhir zaman..
Tetapi masih lagi terkial-kial mencari kebenaran yang sudah sedia ada diberi percuma untuk kita..

Ya Allah..Aku menangis apabila kekasihku didunia ini dihina dan dicaci oleh manusia lain..Tetapi begitu susah untuk aku menangis teresak-esak apabila Kekasih Mu disana dicaci oleh manusia kerdil didunia ini..

Ya Allah..Malunya aku..Takutnya aku..Sebab aku tahu iman aku masih sedikit..Lebih kecil dari zarah yang aku sendiri tak nampak..

Ya Allah..Dimana tempat aku?? Di SyurgaMu atau NerakaMu.. ='( 

Aku takut mati semasa hatiku mati..