Thursday 8 December 2011

Monday 5 December 2011

Siapa Aku??


Beberapa hari lepas..Kawan aku menagajak aku bermain satu permainan..Permainan kot..Aku pun tak tahu nak describe benda tu macam mana..Mula-mula dia soh aku tenangkan jiwa dan raga aku..Har har har..Skema ayat..Kemudian dia suruh aku berimaginasi dan bayangkan apa yang berlaku pada aku dan tindakan aku pada satu situasi..Perghh..Aku ni suka berimaginasi (imaginasi yang elok-elok ja..budak laki kelas aku kuang ajaq sikit bila tau ni kepakaran aku..=.=") ..Memang lar senang bagi aku untuk buat apa yang dia soh..Jum kita berimaginasi..IMAGINATION started:

1. Mula-mula bayangkan anda berada disuatu kawasan dan berjalan berseorangan..Bayangkan apa yang anda lakukan..

2. Kemudian tetiba nampak sepohon pokok yang tumbang dihadapan dan mengganggu perjalanan..Apa yang anda buat pada pokok itu??

3. Jalan..Jalan..Jalan..Tetiba terjumpa pulak seekor beruang..Nak buat apa?????

4. Jalan..Jalan..Jalan..Terjumpa pulak satu dinding yang besar dan tinggi sangat-sangat menghalang perjalanan..Pandang kiri dan kanan..Anda terhenti disitu..Tapi apa yang anda lakukan????

Tamat..Kemudian kawan aku soh ceritakan perjalanan aku tuh..Jadi jalan cerita aku begini...

Aku berjalan disatu kawasan..Cantik..Angin sepoi-sepoi bahasa..Rumput-rumput dan lalang-lalang menari-nari mengikut tiupan angin..Kawasan yang luas..Lagi cerah..Aku ceria dan bahagia berjalan-jalan seorang diri disitu..

Jalan-jalan aku ternampak pokok yang tumbang..Besar..Tapi aku tak kisah..Aku hanya melangkah pokok itu dan teruskan perjalanan aku..

Tiba-tiba terjumpa beruang..Comel..Besar..Warna coklat..Aku salam tangan beruang tu dan peluk erat-erat..

Kemudian, aku ternampak satu dinding yang besar menghalang perjalanan aku..Aku tengok kiri dan kanan..Aku tak takut..Aku tak tahu apa yang dihalang oleh dinding itu..Aku berdiri, sekadar berdiri..Tidak melakukan apa-apa..Aku sekadar tepacak dan mendongak kepala melihat tingginya dinding itu untuk aku panjat..Aku sekadar melihat..

Tamat..Setelah aku selesai bagitau kawan aku apa yang aku bayangkan itu..Aku tiba-tiba senyap..Aku rasakan itu adalah aku..Sangat-sangat seperti aku..Aku cuba untuk menjadi seorang yang ceria, bahagia, semua orang nampak aku happy go lucky!!..Masalah aku tinggalkan, tanpa aku selesaikan, biarlah asalkan aku terus dapat berjalan..Aku baik dengan semua orang, aku inginkan bahagia bersama orang tersayang..Tapi akhirnya, aku sedar, aku masih lagi tidak mempunyai laluan hidup yang aku perlu tentukan untuk masa hadapan..Aku sekadar terpacak..Menunggu apa yang akan terjadi..Mungkin aku sudah terbiasa dengan word "It's ok..Just follow the flow"..Sehinggakan aku hanya sekadar mengikuti satu persatu perjalanan hidup aku tanpa aku melukis satu persatu apa yang perlu aku capaikan dimasa hadapan..Itu aku..Dan bagi aku itu bukan satu perkara yang baik..Aku perlu ada satu arah tuju..Yang dulunya ada..

Tiba-tiba bila aku dengar lagu nih aku rasa semangat..Har har har..

Yes I have a dream..
I believe in that dream..
Please watch over me..
Standing infront of that cold wall called fated..
I can firmly face it..
One day I will pass over that wall and be able fly as high as the sky..
This heavy thing called life can't tie me down..
At the end of my life..On the other day that i can smile..

p/s: Tu salah satu OST dalam citer Dream High..Citer wat aku tido selepas subuh dan buat mata aku tak mengantuk langsung untuk habiskannya..Selain tuh lagu best lam citer nih Can't let you go even if i die by 2 A.M..Bila dengar melodi nya sangat touching..=.=" Erm..Bila la bekalan Vampire Diaries season 3 aku ni nak datang..

Sunday 4 December 2011

Mengumpat cara moden


Kalau nak bergossip, dulu orang suka buat meeting tepi tingkap, tak pun wat satu group untuk bincang masalah negara..Biasanya ni kerja mak cik-mak cik yang nak berkongsi pendapat tentang masalah kampung ataupun sekeliling..Yelar, nak jadi ahli parlimen kena lar memahami masalah negara..Pak cik-pak cik pun tak terkecuali  pandai bergossip..Port diorang semestinya kedai kopi..

Tapi skang teknologi dah berubah..Jadi nak mengumpat dah semakin mudah..Channel gossip pun dah melimpah ruah..Har har har..Salah satu nya adalah Blog!..Aku suka blogwalking (Sebenarnya aku dulu silent reader)..Jalan-jalan tengok orang..Yelar, aku ni suka memerhati..So, aku ni suka jalan-jalan memerhati kan gelagat blogger..Apa yang aku boleh tengok..Mostly gunakan blog sebagai tempat untuk mengumpat..Sorang nak kutuk si A..Si Z nak kutuk si Y..Haisshh..Kesian..Trend kutuk mengutuk ni tak habis-habis dari dulu sampai la sekarang..Tahukah anda???

Dari Jabir dan Abi Said, Rasullullah SAW bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina, sesunggugnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima Allah SWT akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu"

Tak kira lar kita mengumpat dengan gaya orang lama atau menggunakan teknologi..Tapi selagi apa yang kita cakap itu mengaibkan orang lain..Ianya tetap salah..Kang penat plak nak wat entry baru nak minta maaf kat orang tuh..Huhuhu..Tu pun lau ko nak..Ngeeeeee...Benda yang paling teruk aku tengok gossip secara teknologi ni boleh merosakkan rumahtangga orang..Kesian, tak memasal sebab malu, tekanan dan sebagainya..Semuanya jadi rosak..Mari kita amalkan budi bahasa di laman sesawang nih..Budi bahasa kan budaya kita~~

p/s: Elok baca blog ala-ala dakwah macam blog Rusydee dari blog gossip..Heeeeee...