Saturday 24 November 2012

Calon Suami Saya!

Bila nak cari calon suami, terlalu banyak perkara yang perlu dikira..Nak yang itu la..Nak yang ini la..Soleh, hensem, berharta dan sebagainya.. tapi bagi aku, benda pertama skali hendak dikira adalah cari yang jaga batas pergaulan nya..Bila dia jaga batas pergaulan nya, sudah pasti dia seorang yang hensem diluar dan seorang yang beriman didalam..Ahaks..Comel nya calon suami yang hensem luar dan dalam..Bukan seluar dalam..Ok..Agak lucah disitu..

Muka noob tapi kalau jaga batas pergaulan nya pun boley..Sapa nak dia?? Heheh..

Apabila kita bercakap tentang batas pergaulan..Biasanya dikaitkan dengan seorang lelaki yang mencari bakal isteri yang menjaga batas pergaulannya dengan lelaki..Jarang kita dengar perempuan yang mencari lelaki yang menjaga batas pergaulannya..

Tapi sudah pasti aku nak bakal suami aku nanti yang jaga batas pergaulan nya..Sebab aku ni kuat cemburu..Jadi bersabar la dengan sikap cemburu aku..Selagi engko jaga batas pergaulan ko dengan yang lain..Selagi itu tahap cemburu aku dibawah -1..Jangan plak nanti nak cakap penat melayan cemburu aku..Aku da bagi warning awal-awal da..Aku ni kuat cemburu..Tapi..Tapi..Ada tahapnya..Aku tau la takat mana aku perlu cemburu or tak.Ngeeeee..=p

Lelaki atau suami yang baik akan menjaga batas pergaulan nya dengan perempuan lain..Sebab lelaki yang baik sudah pasti inginkan seorang isteri yang menjaga batas pergaulannya juga..Tidak adil la kalau hanya perempuan sahaja yang perlu menjaga batas pergaulannya.

Suami yang hensem akan menjaga batas pergaulannya dengan bukan mahram nya..Dia hanya akan bergaul dan bermanja dengan isteri nya..Sweet nya~..

Aku tidak suka kalau calon suami aku ni senang untuk bersalaman, bersentuhan, duduk atau berdiri rapat-rapat, hubungan yang terlampau mesra dan perkara yang sama waktu dengan nya dengan perempuan lain..Semuanya perlu dijaga..Kan? Cuba tanya yang lain..100% akan jawab ya..Kalau ada jugak yang jawab tak..Heeeeeeeee..No comment..

"Kalau saya boleh menjaga batas pergaulan saya dengan lelaki lain..Begitu juga awak..Baru lah hubungan kita sentiasa dalam keadaan selamat " Kata seorang isteri kepada suaminya..


Ok..Aku pun nak endingkan entry ni dengan script drama korea..




No comments: