Wednesday 7 November 2012

Bila CINTA : Tips Hubungan Kekal Lama

Jadikan setiap hari adalah hari yang baru..Itu adalah cara terbaik untuk mengekalkan sebuah hubungan yang pasti akan kekal lama..Ya..Ini adalah salah satu cara dalam mengeratkan sesebuah hubungan..Nama pun buah..Kalau dibiarkan akan jadi layu..Jadi kalau hendak mendapatkan hasil buah yang banyak dan sentiasa segar sepanjang hari..Bajakan lah pokok nya..Sama seperti sesebuah hubungan..Terus menerus untuk menghasilkan satu hubungan yang bahagia..Kan??

Jangan terlepas pandang..Walaupun sudah berkenalan atau bersama dalam jangka masa yang lama..Tidak bererti ianya menjadi alasan untuk kita berhenti untuk saling mengenali..Sudah pasti dalam satu perhubungan itu ada pasang surutnya..Malahan hubungan jangka panjang ini lar yang memerlukan perhatian penuh..Kenapa?? Melalui pandangan aku..

1. Hubungan itu menjadi biasa dan membuatkan tiadanya penambahan memori-memori indah dalam sesebuah hubungan..

 2. Tiada lagi kemesraan dalam hubungan.. Jadi faktor ini lah yang mengundang kepada kurangnya kasih sayang dan percambahan rasa cinta dan sayang semakin terbantut..

Aku bukan lar doktor cinta yang boleh memberi pandangan bernas dan seorang yang berjaya dalam kerjaya cinta..Heheh..Kerjaya la sangat..Tetapi bagi aku dalam menghasilkan hubungan bertahan lama dan sentiasa berkembang mekar dan menghasilkan buah-buah yang segar adalah dengan KERJASAMA ANTARA 2 PIHAK..

Seperti pepatah melayu mengatakan, kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi..Erk..Tah betol ke tidak pepatah aku..

Jadi USAHA BERSAMA DALAM MEMASTIKAN KUALITI DALAM PERHUBUNGAN ADALAH PENTING..

Contohnya:~

Setiap pasangan mesti lah memberi tindak balas atau pun interaksi dalam sesebuah hubungan..Jadikan hari-hari adalah hari yang baru seolah-olah hari pertama perkenalan..Bukan bererti bersama hari-hari (kuantiti) memberi hari yang baru (kualiti) dalam sebuah hubungan.. Jika tiada input yang diberikan dalam hubungan itu SUDAH PASTI MENGHASILKAN HARI-HARI YANG BOSAN..

Jadi, jadikan setiap hari adalah bulan madu bagi kita..Anggaplah kita sudah tidak mempunyai hari esok untuk membahagiakan orang yang kita sayang..

Wahhhhhhhh! Aku bercakap tentang cinta?? Tak salah kan?? Heeeeeee..



1 comment:

mama aini said...

salam maal hijrah dr mama..ehem nice info..