Friday 21 September 2012

Hamba Teknologi


Dunia skrang penuh dengan teknologi..Setiap masa ada jer teknologi terbaru..Paling memberi impak terhadap kehidupan manusia sekarang adalah hand phone yang canggih-canggih dengan pelbagai menatang yang menghiburkan..Aku tak to la apa benda tuh..Sebab aku tak guna lagi benda canggih nih..Masih lagi menggunakan fon lama yang dah ada garisan pecah screen, keypad nya yang dah rabak..Heheh..Tolong la dermakan aku Samsung Galaxy Note..Sebab pakwe korea aku pakai fon tu dalam drama Love Rain..Heh~

Agak-agak kalau aku guna gak hand phone canggih tu aku jadi macam sesetengah manusia yang lost in the real world tak?? Yelar..Apa yang aku nampak, kawan-kawan ajak lepak, pada mula nya memang mesej nak wat gath tu bermula dari teknologi, contoh facebook, twitter dan sebagainya..Tapi bila dah jumpa didepan mata, duduk satu meja..Kita boleh tengok, masing-masing akan tetap memandang fon..Jadi masa untuk berborak dah takder..kalau leh kawan-kawan yang duduk satu meja pun boleh nak dok main comment dalam facebook..Reply twitter..Haihh..Masa terluang tu dah jadi tak bermakna..Lebih kurang je jumpa dalam facebook dengan jumpa dok melepak skali..

Paling kesian skali apabila family pun dah terjebak dengan benda macam tuh..Duduk makan satu meja pun dah takda komunikasi..Jadi kualiti dalam bersama keluarga itu dah takda..Nanti kalau laki aku buat macam tuh..Aku amik fon tuh aku masak buat sup..

Yang paling bahaya skali..Sudah takda da privacy life bagi seseorang itu..Semua kawan-kawan dia akan tau apa yang dia buat, apa yang dia makan seharian dan sebagainya..Sampaikan ada yang sanggup mendedahkan auratnya untuk tantapan ramai..

Benda macam ni akan bagi banyak masalah dikemudian hari..Contoh~ Bagi aku salah satu masalah yang aku boleh fikir akan terjadi adalah kita mungkin akan jumpa “lelaki yang pura-pura” tau segalanya tentang kita..Dah sudah..Mula la rasa macam “Wwahh..Dia lar jodoh aku”..Padahal, tiap-tiap hari post sana sini, facebook, twitter tentang kegiatan seharian..Bila Si Romeon cakap, “I tau u suka makan Ice cream Coklat”..Si Juliah pulak dengan happy nya “ Wahh..Macam ne tau?? Suke~ Suke~ “.. Padahal semua orang dah tau bila dia post kat twitter “ Hari ni aku makan my Peberet choc Ice Cream!! Takkan makan Ice cream flavor lain”..

Apa sebenarnya punca masalah ini..Adakah teknologi ataupun diri sendiri?

Mungkin kalau aku dah dapat Note Love Rain aku tuh..Aku tau apa perasaannya jadi hamba teknologi..Heh~

No comments: