Wednesday 19 September 2012

Adakah mereka hanya mengenali PSY dan kurang mengenali siapa Nabi Muhammad S.A.W??


Adakah mereka hanya mengenali PSY dan kurang mengenali siapa Nabi Muhammad S.A.W??

Sebelum ni aku lihat banyak orang melatah tentang issue Gangnam..Semua warga facebook dalam daerah facebook aku nak mengeluarkan kenyataan bahawa Gangnam itu boleh merosakkan minda sebagai Islam..Gangnam itu memesongkan, tidak bermoral dan sebagainya..

Haihhh..Setiap hari sampai boleh dikatakan berhari2 berpekik betekak mengenai Gangnam..

Alahai..Aku perhatikan dalam masa beberapa hari ni.."Kurang" dan tiada siapa pun memekik dan membantah kan issue “Innocent of Muslims”. 

Sangat kurang warga Malaysia bersama2 dengan yang lain buat protes tentang filem bodoh dari manusia bodoh itu..

Nampak sangat dunia hiburan berjaya menarik perhatian si Peah dan si Luncai dan seterusnya mereka bercakap seperti si Ustazah dan si Ustaz mengenai issue hiburan yang tak matching dengan agama..Sedangkan si Peah dan si Luncai terdiam apabila issue sebenar yang menyedihkan umat Islam dipermain-main kan..

Sedih..sangat sedih..Bila manusia mula melupakan Kekasih yang telah lama merindui kita..

Takut..sangat takut..Bila memikirkan jikalau la Kekasih itu akan menepis tangan kita bila kita merayu meminta pertolongannya di neraka kelak..Yelar, kita tak pernah mengingati Beliau..Berhakkah kita untuk dapat mencapai tangannya nanti..

Betul kata Al-Quran, kita adalah umat diakhir zaman..
Tetapi masih lagi terkial-kial mencari kebenaran yang sudah sedia ada diberi percuma untuk kita..

Ya Allah..Aku menangis apabila kekasihku didunia ini dihina dan dicaci oleh manusia lain..Tetapi begitu susah untuk aku menangis teresak-esak apabila Kekasih Mu disana dicaci oleh manusia kerdil didunia ini..

Ya Allah..Malunya aku..Takutnya aku..Sebab aku tahu iman aku masih sedikit..Lebih kecil dari zarah yang aku sendiri tak nampak..

Ya Allah..Dimana tempat aku?? Di SyurgaMu atau NerakaMu.. ='( 

Aku takut mati semasa hatiku mati..



No comments: