Sunday 17 June 2012

Semakin Tua

16 jun itu semalam..Dan semalam itu hari kelahiran aku..Pejam celik je..Tak sangka..Aku da menjangkau umur 24 tahun! Dulu semasa aku berumur 15, 16 tahun..Kira zaman budak remaja ar..Aku teringin sangat nak dapatkan umur kepala nya '2'..Heh..nak besar sangat la katakan..Tapi skang aku rasa, aku nak kembali ke zaman remaja aku balik!!!

Susah nya hidup sebagai seorang yang meningkat dewasa..Sekarang, sebagai seorang dewasa, terpaksa memulakan langkah untuk menempuh dunia yang penuh dengan cabaran..Cabaran nak menempuh alam pekerjaan, cabaran nak mulakan hidup sebagai seorang umi suatu hari nanti..Dan yang paling penting cabaran dunia sebelum menempuh akhirat..

Aku bersyukur kerana diusia yang sudah semakin menaik ni..Aku sudah kembali ke jalan hakiki yang patut aku lakukan sebagai seorang manusia, makhluk ciptaan Allah S.W.T..Alhamdulillah..Cetek sungguh ilmu dan amalan aku untuk mendapat tiket ke Syurga Akhirat..Semoga Allah S.W.T masih bagi aku peluang untuk mencari dan mengejar tiket yang telah sedia ada diberi free kepada semua manusia cuma usaha dan tawakal untuk mendapatkannya..Sedih apabila tersedar terlalu sedikit sangat masa untuk mengingati Allah S.W.T..Dalam 1 hari yang mempunyai 24 jam..Pernahkah aku sebagai makhluk Allah S.W.T rasa bersyukur dan mengingati Nya dalam masa 1 jam sahaja dari 24 jam??

Bila kembali kepada dunia, aku sebagai manusia pun masih lagi perlu untuk melakukan terbaik supaya aku dapat mendapat terbaik di alam dunia nih..Baru berjaya dunia akhirat kata orang..

Terlampau banyak jalan yang telah aku lukiskan dalam minda aku..Aku nak buat ni..Aku nak buat itu..Semua aku harapkan menjadi baik-baik sahaja..Tetapi mampukah aku nak melukiskan kembali jalan itu didalam perjalanan kehidupan aku..Aku nak kerja, aku nak jadi itu, aku nak nikah, aku nak jadi umi, aku nak jadikan mak pak aku taiko dok dirumah dan tak perlu nak sibuk mencari rezeki dah, aku nak bantu semua adik-adik aku supaya dapat merasa topi menara gading seperti mana yang aku rasa setakat nih..aku nakkk..semua aku nakkk..

Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangi dirimu..Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu..Jika doamu tidak dimakbulkan, Allah merancang yang terbaik untukmu..

Aku yakin, Allah S.W.T dah rancang yang terbaik buat aku..


2 comments:

mama aini said...

`hepi belated bezday dila`..may Allah bless u alwayz..amin..

Dila Sarbini said...

Aamin..Thanks mama aini..=)