Monday 21 May 2012

Tom Yam Ayam Merah

Minggu yang lepas-lepas disebabkan aku kebuloq nak makan Tom Yam Ayam Merah dan disebabkan aku berada di Sarawak (Susah nak jumpa Tom Yam Merah yang sedap =( ) , jadi aku memulakan projek 'Masak-masak di dapo'..Dengan penuh tekun nya aku macam orang nak buat 'assignment esok nya nak hantar'..Aku dok google resepi-resepi di laman sesawang nih..Jumpa dan aku tuka-tuka sedikit ikut citarasa aku dan pengalaman aku yang dok makan Tom Yam Merah selama 'seminggu berturut-turut' semasa aku dok study di Puncak Alam dulu (betol tak tipu~ sampai perut aku hangat-hangat macam terbakar dari dalam, tapi tetap nk melantak Tom Yam..Lepas tu tobat then sambung balik makan Tom Yam..Hee)..

Tadaaaaa..Ni hasilnya..=)


Resepi Tom Yam Ayam Merah Adalah:

Untuk isi Tom Yam..
1. Isi ayam secukupnya (Nak seafood pun boley)
2. Tomato dan lobak merah secukupnya yang dipotong wedges (Nak sayuran yang lain pun boley)
3. Bawang besar secukupnya dihiris

Haa..Yang ni bahan nak ditumis pada permulaan masakan dengan 'sedikit' sahaja minyak (ada yang tak tumis sekadar masukkan kedalam air rebusan ayam)
4. Bawang merah 2 biji
5. Bawang putih 3 biji
6. Serai 5 batang dititik
7. Daun limau purut 4-5 helai
8. Cili padi mengikut citarasa
p/s: Sesetengah orang ada letak halia dan lengkuas..Tapi aku tak guna..So terpulang la ye..

 Bahan yang terakhir..
8. Serbuk cili secukupnya
9. Thai chili paste 2-3 sudu
10. Air limau purut mengikut citarasa
11. Garam dan kiub ayam secukupnya
p/s: Aku tak guna asam keping sebab dah guna air limau purut

Cara memulakan projek DIY kita:
1. Tumis semua bahan yang perlu ditumis, jangan sampai garing dan hitam, sekadar bahan itu mengeluarkan aroma yang menyelerakan.
2. Masukkan isi ayam dam tambah dalam 6 gelas air atau lebih dan biarkan supaya ayam itu mengeluarkan stok ayam semulajadi.
3. Masukkan Thai chili paste dan serbuk cili secukupnya.
4. Masukkan tomato, lobak merah dan bawang besar.
6. Air limau purut, garam dan kiub ayam secukup rasa. Nak lebih masam letak la lebih air limau purut.
7. Siap!


p/s/s: Memasak ni tak memerlukan kepakaran sangat pun, kalau kita tau menggunakan deria bau, lihat dan rasa kita, maka hasilnya mungkin berjaya..Heheh..


No comments: