Sunday 4 December 2011

Mengumpat cara moden


Kalau nak bergossip, dulu orang suka buat meeting tepi tingkap, tak pun wat satu group untuk bincang masalah negara..Biasanya ni kerja mak cik-mak cik yang nak berkongsi pendapat tentang masalah kampung ataupun sekeliling..Yelar, nak jadi ahli parlimen kena lar memahami masalah negara..Pak cik-pak cik pun tak terkecuali  pandai bergossip..Port diorang semestinya kedai kopi..

Tapi skang teknologi dah berubah..Jadi nak mengumpat dah semakin mudah..Channel gossip pun dah melimpah ruah..Har har har..Salah satu nya adalah Blog!..Aku suka blogwalking (Sebenarnya aku dulu silent reader)..Jalan-jalan tengok orang..Yelar, aku ni suka memerhati..So, aku ni suka jalan-jalan memerhati kan gelagat blogger..Apa yang aku boleh tengok..Mostly gunakan blog sebagai tempat untuk mengumpat..Sorang nak kutuk si A..Si Z nak kutuk si Y..Haisshh..Kesian..Trend kutuk mengutuk ni tak habis-habis dari dulu sampai la sekarang..Tahukah anda???

Dari Jabir dan Abi Said, Rasullullah SAW bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina, sesunggugnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima Allah SWT akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu"

Tak kira lar kita mengumpat dengan gaya orang lama atau menggunakan teknologi..Tapi selagi apa yang kita cakap itu mengaibkan orang lain..Ianya tetap salah..Kang penat plak nak wat entry baru nak minta maaf kat orang tuh..Huhuhu..Tu pun lau ko nak..Ngeeeeee...Benda yang paling teruk aku tengok gossip secara teknologi ni boleh merosakkan rumahtangga orang..Kesian, tak memasal sebab malu, tekanan dan sebagainya..Semuanya jadi rosak..Mari kita amalkan budi bahasa di laman sesawang nih..Budi bahasa kan budaya kita~~

p/s: Elok baca blog ala-ala dakwah macam blog Rusydee dari blog gossip..Heeeeee...

No comments: