Dunia skrang penuh dengan teknologi..Setiap masa ada jer
teknologi terbaru..Paling memberi impak terhadap kehidupan manusia sekarang adalah
hand phone yang canggih-canggih dengan pelbagai menatang yang menghiburkan..Aku
tak to la apa benda tuh..Sebab aku tak guna lagi benda canggih nih..Masih lagi
menggunakan fon lama yang dah ada garisan pecah screen, keypad nya yang dah
rabak..Heheh..Tolong la dermakan aku Samsung Galaxy Note..Sebab pakwe korea aku
pakai fon tu dalam drama Love Rain..Heh~
Agak-agak kalau aku guna gak hand phone canggih tu aku jadi
macam sesetengah manusia yang lost in the real world tak?? Yelar..Apa yang aku nampak,
kawan-kawan ajak lepak, pada mula nya memang mesej nak wat gath tu bermula dari
teknologi, contoh facebook, twitter dan sebagainya..Tapi bila dah jumpa didepan
mata, duduk satu meja..Kita boleh tengok, masing-masing akan tetap memandang
fon..Jadi masa untuk berborak dah takder..kalau leh kawan-kawan yang duduk satu
meja pun boleh nak dok main comment dalam facebook..Reply twitter..Haihh..Masa
terluang tu dah jadi tak bermakna..Lebih kurang je jumpa dalam facebook dengan
jumpa dok melepak skali..
Paling kesian skali apabila family pun dah terjebak dengan
benda macam tuh..Duduk makan satu meja pun dah takda komunikasi..Jadi kualiti
dalam bersama keluarga itu dah takda..Nanti kalau laki aku buat macam tuh..Aku
amik fon tuh aku masak buat sup..
Yang paling bahaya skali..Sudah takda da privacy life bagi
seseorang itu..Semua kawan-kawan dia akan tau apa yang dia buat, apa yang dia makan
seharian dan sebagainya..Sampaikan ada yang sanggup mendedahkan auratnya untuk tantapan ramai..
Benda macam ni akan bagi banyak masalah dikemudian hari..Contoh~ Bagi aku salah satu masalah yang aku boleh fikir akan terjadi adalah
kita mungkin akan jumpa “lelaki yang pura-pura” tau segalanya tentang kita..Dah
sudah..Mula la rasa macam “Wwahh..Dia lar jodoh aku”..Padahal, tiap-tiap hari
post sana sini, facebook, twitter tentang kegiatan seharian..Bila Si Romeon
cakap, “I tau u suka makan Ice cream Coklat”..Si Juliah pulak dengan happy nya “
Wahh..Macam ne tau?? Suke~ Suke~ “.. Padahal semua orang dah tau bila dia post
kat twitter “ Hari ni aku makan my Peberet choc Ice Cream!! Takkan makan Ice
cream flavor lain”..
Apa sebenarnya punca masalah ini..Adakah teknologi ataupun
diri sendiri?
Mungkin kalau aku dah dapat Note Love Rain aku tuh..Aku tau
apa perasaannya jadi hamba teknologi..Heh~
No comments:
Post a Comment