Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Sunday, 4 December 2011
Mengumpat cara moden
Kalau nak bergossip, dulu orang suka buat meeting tepi tingkap, tak pun wat satu group untuk bincang masalah negara..Biasanya ni kerja mak cik-mak cik yang nak berkongsi pendapat tentang masalah kampung ataupun sekeliling..Yelar, nak jadi ahli parlimen kena lar memahami masalah negara..Pak cik-pak cik pun tak terkecuali pandai bergossip..Port diorang semestinya kedai kopi..
Tapi skang teknologi dah berubah..Jadi nak mengumpat dah semakin mudah..Channel gossip pun dah melimpah ruah..Har har har..Salah satu nya adalah Blog!..Aku suka blogwalking (Sebenarnya aku dulu silent reader)..Jalan-jalan tengok orang..Yelar, aku ni suka memerhati..So, aku ni suka jalan-jalan memerhati kan gelagat blogger..Apa yang aku boleh tengok..Mostly gunakan blog sebagai tempat untuk mengumpat..Sorang nak kutuk si A..Si Z nak kutuk si Y..Haisshh..Kesian..Trend kutuk mengutuk ni tak habis-habis dari dulu sampai la sekarang..Tahukah anda???
Dari Jabir dan Abi Said, Rasullullah SAW bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina, sesunggugnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima Allah SWT akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu"
Tak kira lar kita mengumpat dengan gaya orang lama atau menggunakan teknologi..Tapi selagi apa yang kita cakap itu mengaibkan orang lain..Ianya tetap salah..Kang penat plak nak wat entry baru nak minta maaf kat orang tuh..Huhuhu..Tu pun lau ko nak..Ngeeeeee...Benda yang paling teruk aku tengok gossip secara teknologi ni boleh merosakkan rumahtangga orang..Kesian, tak memasal sebab malu, tekanan dan sebagainya..Semuanya jadi rosak..Mari kita amalkan budi bahasa di laman sesawang nih..Budi bahasa kan budaya kita~~
p/s: Elok baca blog ala-ala dakwah macam blog Rusydee dari blog gossip..Heeeeee...
Friday, 18 November 2011
Ubat Sakit
"Ketika kurasakan diriku bersendirian tanpa teman..
Kusedari ada DIA yang menemaniku..
Ketika kurasakan hatiku dilukai..
Kusedari ada DIA yang merawat kelukaanku..
Ketika kurasakan diriku kehilangan cinta..
Ketika kurasakan diriku kehilangan cinta..
Kusedari ada DIA yang menemukan aku dengan CINTANYA.
Namun masih belum ketemui di mana DIA dihatiku..
Mahu mencintaiNYA tapi bukan mudah menghadirkan rasa cinta padaNYA..
MencintaiNYA tak semudah mengungkapkannya.
Malunya aku kerana tak mampu mencintaiNYA setulus cintaNYA padaku.
Mahu mencintaiNYA tapi bukan mudah menghadirkan rasa cinta padaNYA..
MencintaiNYA tak semudah mengungkapkannya.
Malunya aku kerana tak mampu mencintaiNYA setulus cintaNYA padaku.
Akal tahu, hati mahu..
Tapi masih belum mampu menepis kecintaan pada dunia…
Daerah hatiku masih berperang antara cinta palsu dan cinta hakiki..
Rupa-rupanya hatiku masih sakit.."
Rupa-rupanya hatiku masih sakit.."
p/s: Aku jumpa nota nih dari hasil nukilan cinta1 pada comment blog..Aku tertarik dengan nukilan dia dan terus print dan tampal pada dinding sebelah katil aku..
p/s/s: Kalau aku sakit..Aku akan baca nota nih..Nota yang boleh membangkitkan semangat aku dari apa-apa sakit dan mempunyai ubat untuk memberi kekuatan kepada aku..
Yea..Hati aku masih sakit..Aku masih sakit..Kerana aku masih tak mampu menemui cintaNYA dihatiku..Hati aku sakit..
Wednesday, 16 November 2011
Marilah menuju kearah kejayaan
Sebelum nih aku pernah bermimpi dimana aku berada dalam keretapi hendak menuju ke satu destinasi..Aku pun tak tahu kemana..Semasa aku duduk dalam keretapi tuh aku terdengar laungan azan..Aku tak tahu tuh azan untuk solat apa..Sampai lah aku berhenti ke stesen terakhir iaitu stesen yang aku ingin tuju..Bila pintu keretapi itu terbuka..Aku tengok nama stesen tu STESEN MENUJU KEJAYAAN..Sekaligus mata aku terus tercelik dari tidur..Rupanya azan yang aku dengar dalam keretapi tuh azan subuh..Bererti aku berjaya untuk bangun dari tidur aku yang nyenyak untuk menunaikan solat subuh..Bila aku bangun aku tergelak sendiri sebab terasa lucu aku berhenti di stesen yang nama nya macam tuh skali..Memang nak beri motivasi bangun subuh ar mimpi tuh..
Subuh ni ramai yang tak amik kisah..Ada yang buat subuh gajah, janji bangun subuh dan ada jugak yang terus terlajak tidak subuh..Aku dulu pun macam tuh..Tapi apa salahnya kita berusaha untuk berubah dan menuju kejayaan..Macam mimpi aku..Hik hik hik..
Selalu sangat terfikir kenapa susah sangat nak bangun subuh nih..Terasa macam tidur diwaktu subuh tu sangat lar berkualiti..Sayang sangat nak bangun sebab nak menikmati tidur waktu itu..Tapi sebenarnya waktu tuh kita sedap tidur sebab didodoi oleh syaitan yang cemburukan ganjaran yang kita akan dapat jika kita bangun subuh..Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. .
Nabi SAW bersabda:
Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.
Tidak terasa hebat kah kita jika kita dapat lepas dari 3 ikatan yang konco-konco syaitan tuh buat..Bila kita bangun awal untuk subuh..Maka kita terlepas dari ikatan pertama..Yeay! Kita Berjaya..Kemudian kita terus pergi mengambil wudhuk..Yeay! Kita dah Berjaya sekali lagi untuk terlepas dari ikatan yang kedua dan seterusnya kita cepat-cepat untuk solat subuh..Sekali lagi kita adalah orang yang sedang menuju kearah KEJAYAAN untuk hari itu..Sudah pasti syaitan-syaitan tuh cemburu akan kejayaan kita..
Jadi salah satu cara untuk kita berjaya melepaskan diri dari ikatan tersebut adalah kita tanamkan perasaan dendam terhadap syaitan yang asyik nak cemburu dan nak jatuhkan kita..Cakap jer aku tak nak syaitan gelakkan kan aku bila aku masih dibuai tidur diwaktu subuh..Dalam kata lain, kita berusaha buat benda yang dia tak nak kita buat..Yelar, ni asyik nak simpan dendam sesama manusia lebih dari dendam terhadap syaitan..Sedangkan syaitan tuh musuh utama kita..
Bangun subuh nih banyak sangat manfaatnya..Udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal..Tak rasa rugi ka kita tak dapat semua benda tuh free-free diwaktu pagi..Ni tak, kalau ada Sales Padini kita sanggup beratur panjang sebelum subuh..Ngeee..
Lepas tuh, Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nanti kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana saja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Seronok kan..Dapat pas masuk VIP plak tuh..Lagi hebat dari pas VIP red carpet di AJL..
Manusia yang paling kuat ialah manusia yang boleh bangun untuk solat Subuh! Jadi jum ramai-ramai jadi manusia yang paling kuat esok pagi..
Ianya semudah 1 , 2 dan 3..Mula-mula:
- Niat nak bangun awal kerana Allah..
- Tidur awal..Baca doa tidur..
- Set alarm kalau azan tak dengar sampai ke bilik tidur korang..Elok letak alarm yang berbunyi azan..Bila dengar alarm..Nekad terus untuk bangun dan jangan nak snoozekan alarm tuh pulak..
Psssttt..Buat bakal suami ku.. =3
Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis riwayat Imam Muslim.
Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.
Jadi buat bakal imam keluarga ku..Mengerjakan solat Subuh di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman. Ramai yang tak dapat melakukan solat Subuh di Masjid. Alangkah eloknya kalau bakal suami ku mampu mengerjakan subuh nya di Masjid..Jadi anda akan menjadi orang yang menuju kejayaan..
P/s: Salah satu cara nak tidur awal diwaktu malam adalah jangan tidur waktu petang..Tidur petang adalah habit aku..Haishhh..Tambah-tambah aku nih jenis yang kuat tidur..Kawan aku pernah cakap kalau dia tertidur petang, dia terasa rugi sangat sebab macam-macam lagi benda or aktiviti yang dia leh wat waktu tuh..Betol gak kan?..Manfaatkan waktu tuh dengan macam-macam aktiviti..Taaaaaaaaaaaaaaaaapiiiiiiiiiiiiiiii..Aku masih lagi tak leh..Tetap gak tertidur petang tuh sebab terasa penat gila balik dari kelas..Haishhh..
Friday, 11 November 2011
Ada apa dengan nombor 11????
Sekarang semua orang sibuk dengan nombor 11 tuh..Aku pun hairan..Rupanya hari nih 11.11.2011..Patut lar~~..Bila tengok semua nombor 11 tuh aku tiba-tiba teringat dengan ada apa dengan nombor 11 tuh..Dulu aku ni terjebak sikit tengok The Arrivals..Aku tengok sampai habis siri tuh..Sambung balik ada apa dengan nombor 11..Sebenarnya nombor 11 itu adalah satu kepercayaan diorang iluminati..Bagi diorang 11 tuh !@#$%%^ diorang..Ada apa dengan 9 11?? Bila 9+1+1=11..Haaaa..Tu lar 11..Heeeeee..Aku takto nak explain macam ne..Lau nak tau lebih lanjut..Sila la tengok The Arrivals Episode 43-The Symbolism of 9 11.. =)
p/s: Aku malas letak link youtube kat sini..Berat~~
p/s: Aku malas letak link youtube kat sini..Berat~~
Subscribe to:
Posts (Atom)

