Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Friday, 28 December 2012

Kerja da!

Yeay! Sekarang aku dah pun bekerja..Sekali lagi dalam industri travel agent! Oh my~ Sebenarnya malas nak kerja dalam travel agensi nih..Huhuhu..Tapi takpa! Yang penting I learned! I got more experience! 1 day insyaAllah..I can achieve my dream! Kalau nak capai impian kena lar naik tangga satu persatu kan kan kan? Aku yakin Allah da kasi terbaik buat aku..InsyaAllah..

Monday, 5 December 2011

Siapa Aku??


Beberapa hari lepas..Kawan aku menagajak aku bermain satu permainan..Permainan kot..Aku pun tak tahu nak describe benda tu macam mana..Mula-mula dia soh aku tenangkan jiwa dan raga aku..Har har har..Skema ayat..Kemudian dia suruh aku berimaginasi dan bayangkan apa yang berlaku pada aku dan tindakan aku pada satu situasi..Perghh..Aku ni suka berimaginasi (imaginasi yang elok-elok ja..budak laki kelas aku kuang ajaq sikit bila tau ni kepakaran aku..=.=") ..Memang lar senang bagi aku untuk buat apa yang dia soh..Jum kita berimaginasi..IMAGINATION started:

1. Mula-mula bayangkan anda berada disuatu kawasan dan berjalan berseorangan..Bayangkan apa yang anda lakukan..

2. Kemudian tetiba nampak sepohon pokok yang tumbang dihadapan dan mengganggu perjalanan..Apa yang anda buat pada pokok itu??

3. Jalan..Jalan..Jalan..Tetiba terjumpa pulak seekor beruang..Nak buat apa?????

4. Jalan..Jalan..Jalan..Terjumpa pulak satu dinding yang besar dan tinggi sangat-sangat menghalang perjalanan..Pandang kiri dan kanan..Anda terhenti disitu..Tapi apa yang anda lakukan????

Tamat..Kemudian kawan aku soh ceritakan perjalanan aku tuh..Jadi jalan cerita aku begini...

Aku berjalan disatu kawasan..Cantik..Angin sepoi-sepoi bahasa..Rumput-rumput dan lalang-lalang menari-nari mengikut tiupan angin..Kawasan yang luas..Lagi cerah..Aku ceria dan bahagia berjalan-jalan seorang diri disitu..

Jalan-jalan aku ternampak pokok yang tumbang..Besar..Tapi aku tak kisah..Aku hanya melangkah pokok itu dan teruskan perjalanan aku..

Tiba-tiba terjumpa beruang..Comel..Besar..Warna coklat..Aku salam tangan beruang tu dan peluk erat-erat..

Kemudian, aku ternampak satu dinding yang besar menghalang perjalanan aku..Aku tengok kiri dan kanan..Aku tak takut..Aku tak tahu apa yang dihalang oleh dinding itu..Aku berdiri, sekadar berdiri..Tidak melakukan apa-apa..Aku sekadar tepacak dan mendongak kepala melihat tingginya dinding itu untuk aku panjat..Aku sekadar melihat..

Tamat..Setelah aku selesai bagitau kawan aku apa yang aku bayangkan itu..Aku tiba-tiba senyap..Aku rasakan itu adalah aku..Sangat-sangat seperti aku..Aku cuba untuk menjadi seorang yang ceria, bahagia, semua orang nampak aku happy go lucky!!..Masalah aku tinggalkan, tanpa aku selesaikan, biarlah asalkan aku terus dapat berjalan..Aku baik dengan semua orang, aku inginkan bahagia bersama orang tersayang..Tapi akhirnya, aku sedar, aku masih lagi tidak mempunyai laluan hidup yang aku perlu tentukan untuk masa hadapan..Aku sekadar terpacak..Menunggu apa yang akan terjadi..Mungkin aku sudah terbiasa dengan word "It's ok..Just follow the flow"..Sehinggakan aku hanya sekadar mengikuti satu persatu perjalanan hidup aku tanpa aku melukis satu persatu apa yang perlu aku capaikan dimasa hadapan..Itu aku..Dan bagi aku itu bukan satu perkara yang baik..Aku perlu ada satu arah tuju..Yang dulunya ada..

Tiba-tiba bila aku dengar lagu nih aku rasa semangat..Har har har..

Yes I have a dream..
I believe in that dream..
Please watch over me..
Standing infront of that cold wall called fated..
I can firmly face it..
One day I will pass over that wall and be able fly as high as the sky..
This heavy thing called life can't tie me down..
At the end of my life..On the other day that i can smile..

p/s: Tu salah satu OST dalam citer Dream High..Citer wat aku tido selepas subuh dan buat mata aku tak mengantuk langsung untuk habiskannya..Selain tuh lagu best lam citer nih Can't let you go even if i die by 2 A.M..Bila dengar melodi nya sangat touching..=.=" Erm..Bila la bekalan Vampire Diaries season 3 aku ni nak datang..

Friday, 25 November 2011

Aku peminat Fakri..So what???

Tengok kenyataan Ahmad Fakri Saarani di kosmo tadi aku pun jadi sedih..Yea..Aku peminat Fakri..So what?? So, sapa kutuk dia..Aku kutuk balik..Har har har..Sebenarnya aku minat semua players Malaysia..Cuma ada sesetengah yang jarang kuar game tuh aku tak ingat dan tak tahu sangat diorang nih..Al-maklum lah..Aku mula tertarik dengan bola sepak Malaysia ni semenjak adik lelaki dan pak long aku selalu ajak aku tengok game waktu zaman kebangkitan players Malaysia dulu..So tak terlambat agi kan untuk aku kenal diorang nih??? Heeeeeeee...

Sambung sal Fakri..Selepas Fakri terlepas sepakan pada Final sukan sea hari tu..Orang tak henti-henti mengutuk dia..Kesian kat dia..Cuba bayangkan kalau waktu tuh..Kita kalah sebab Badrol Bakhtiar tak dapat masukkan bola..Apek tuh tak dapat tangkap bola..Agak-agak topik hangat waktu nih kutuk diorang berdua tu tak??..Kalau Fakri tak score waktu lawan Myanmar ritu..Agak-agak Malaysia dapat ka masuk Final??? Kesian kat dia..Kena kutuk dengan bahasa yang agak kesat..Agak-agak lar..Kalau Fakri ni tak hebat..Nape OKS still letak dia dalam sesetengah game?? Semestinya OKS tau kelebihan setiap permain..So you guys just shut up!! Kalau tak puas hati p daftar nama dan p jadi salah sorang permain bola sepak negara..Jangan hebat dalam KUTUK match jer..

Nak cakap sikit..Ramai sangat typical Malaysian skang nih..Jika anda tidak mampu menyokong ketika kalah..Jangan bersorak ketika menang..Tengok je lar masa game Malaysia lawan Syiria harituh..Lepas masuk jer bola ke-2 ketiang gol Malaysia..Dah hampir separuh stadium trus angkat nak berarak keluar ramai-ramai..Seolah-olah dah kecewa dan tak percaya kat pasukan kita lagi..Atleast, bagi lar sokongan sehingga tamat permainan..Dan aku bangga jer tengok Ultras Malaya dan sesetengah lagi orang yang stay lagi distadium (termasuk aku..har har har..)..Tu baru ar digelar penyokong sejati..Yang blah awal tu sila tanggalkan jersi anda awal-awal..

p/s: InsyaAllah, Malaysia lawan Bahrain aku akan p tengok lagi live distadium..Dengar orang cakap kali ni Syahrul dan Fadli akan beraksi..Weee!! Aku pun suka tengok diorang ni perform..

Thursday, 24 November 2011

Otokajo

Pernah tak hadapi situasi bila kita dengar sesetengah lagu..Kita akan kembali ke dimensi atau dunia dimana lagu tu selalu berkumandang dulu..Yea ar..Aku tak pernah pun terfikir untuk melupakan terus semua yang berada dibelakang aku..Kata orang jadikan kehidupan dulu sebagai pengajaran untuk masa hadapan..

Jadi aku tak pernah pun berniat untuk melupakan semua yang telah berlalu..
Aku selitkan semuanya disesuatu tempat yang aku sendiri tidak tahu dimana..
Apa yang aku tahu..Aku selitkan semua kisah lalu rapi di ingatan aku..
Kadang aku ingat dan kadang aku tak akan ingat pun kisah lalu..
Tapi apabila aku dengar kembali atau terdengar kembali lagu-lagu pada waktu itu..Semua kisah itu datang kembali membanjiri aku seketika..
Dengan itu kita tahu yang semua kisah lalu masih lagi tersimpan rapi dalam ingatan kita..

Haaa..selain dari lagu..Apa yang kita suka makan waktu tu pun akan membuatkan kita ingat balik kisah-kisah dulu..Dulu waktu aku form 1..Aku dengan kengkawan aku suka makan gula-gula cloud 9 perisa butter dan ice lemon tea..Setiap kali pergi kelas tah sah kalau tak ada gula-gula tuh bawah laci meja..Huhuhu..Bila aku makan gula-gula tuh..Aku teringat kisah persahabatan diantara lalat, tikus, lipas, belalang, cicak dan paling bising si itik..Aku rindu waktu tuh..Aku dengan si lipas dulu suka tengok luar tingkap..Suka tengok orang yang lalu lalang ditepi pagar sekolah..Paling best kalau hari Jumaat..Kami usha sorang mamat comel yang akan selalu lalu situ pergi dan balik dari Masjid tepi sekolah kami..Kira waktu tu dia ala-ala lelaki soleh ar.. =3 Hahaha..Selain tuh..Setiap owner kereta yang lalu kami bagi dengan nama yang pelik..Siap tahu jam berapa kereta tu akan lalu..Al-maklum lah owner dia hensem..Tengok dari tingkap jadi la..Hahaha..Nakal rupanya aku waktu kecik-kecik dulu..Perangai tak senonoh..=.="

Berbalik kepada lagu..Sekarang aku dengar lagu Otokajo (What should I Do?)..Teringat Jang Guen Suk yang comel..Hurk Huh..=p

Friday, 18 November 2011

Ubat Sakit

"Ketika kurasakan diriku bersendirian tanpa teman..
Kusedari ada DIA yang menemaniku..
Ketika kurasakan hatiku dilukai..
Kusedari ada DIA yang merawat kelukaanku..
Ketika kurasakan diriku kehilangan cinta..
Kusedari ada DIA yang menemukan aku dengan CINTANYA. 

Namun masih belum ketemui di mana DIA dihatiku..
Mahu mencintaiNYA tapi bukan mudah menghadirkan rasa cinta padaNYA..
MencintaiNYA tak semudah mengungkapkannya.
Malunya aku kerana tak mampu mencintaiNYA setulus cintaNYA padaku.

Akal tahu, hati mahu..
Tapi masih belum mampu menepis kecintaan pada dunia…
Daerah hatiku masih berperang antara cinta palsu dan cinta hakiki..
Rupa-rupanya hatiku masih sakit.."


p/s: Aku jumpa nota nih dari hasil nukilan cinta1 pada comment blog..Aku tertarik dengan nukilan dia dan terus print dan tampal pada dinding sebelah katil aku..

p/s/s: Kalau aku sakit..Aku akan baca nota nih..Nota yang boleh membangkitkan semangat aku dari apa-apa sakit dan mempunyai ubat untuk memberi kekuatan kepada aku..
Yea..Hati aku masih sakit..Aku masih sakit..Kerana aku masih tak mampu menemui cintaNYA dihatiku..Hati aku sakit..


Wednesday, 26 October 2011

Storm

Berapa hari nih aku layan drama Vampire Diaries..Conclusions, cita nih sangat best! Sampai aku melekat seharian untuk habiskan season 1..Skang tengah menahan diri taknak sambung season 2..Sebab busy sangat dengan study.. T.T ' Storm by Lifehouse salah satu ost cita nih..Lagu yang agak rilek bila mendengar nya.. =)



How long have I
Been in this storm
So overwhelmed by the ocean's shapeless form
Water's getting harder to tread
With these waves crashing over my head

If I could just see you
Everything will be alright
If I'd see you
The storminess will turn to light

And I will walk on water
And you will catch me if I fall
And I will get lost into your eyes
And everything will be alright
I know everything is alright

I know you didn't
Bring me out here to drown
So why am I 10 feet under and upside down
Barely surviving has become my purpose
Cause I'm so used to living underneath the surface

Monday, 24 October 2011

New Beginning With New Colors

Hey..Welcoming you to my home PAGE.. =)