Adakah mereka hanya mengenali PSY dan kurang mengenali siapa
Nabi Muhammad S.A.W??
Sebelum ni aku lihat banyak orang melatah tentang issue
Gangnam..Semua warga facebook dalam daerah facebook aku nak mengeluarkan
kenyataan bahawa Gangnam itu boleh merosakkan minda sebagai Islam..Gangnam itu
memesongkan, tidak bermoral dan sebagainya..
Haihhh..Setiap hari sampai boleh dikatakan berhari2 berpekik
betekak mengenai Gangnam..
Alahai..Aku perhatikan dalam masa beberapa hari ni.."Kurang"
dan tiada siapa pun memekik dan membantah kan issue “Innocent of Muslims”.
Sangat kurang warga Malaysia bersama2 dengan yang lain buat protes tentang filem
bodoh dari manusia bodoh itu..
Nampak sangat dunia hiburan berjaya menarik perhatian si
Peah dan si Luncai dan seterusnya mereka bercakap seperti si Ustazah dan si
Ustaz mengenai issue hiburan yang tak matching dengan agama..Sedangkan si Peah
dan si Luncai terdiam apabila issue sebenar yang menyedihkan umat Islam
dipermain-main kan..
Sedih..sangat sedih..Bila manusia mula melupakan Kekasih
yang telah lama merindui kita..
Takut..sangat takut..Bila memikirkan jikalau la Kekasih itu
akan menepis tangan kita bila kita merayu meminta pertolongannya di neraka kelak..Yelar, kita tak pernah mengingati Beliau..Berhakkah kita untuk dapat mencapai tangannya nanti..
Betul kata Al-Quran, kita adalah umat diakhir zaman..
Tetapi masih lagi terkial-kial mencari kebenaran yang sudah
sedia ada diberi percuma untuk kita..
Ya Allah..Aku menangis apabila kekasihku didunia ini dihina dan dicaci oleh manusia lain..Tetapi begitu susah untuk aku menangis teresak-esak apabila Kekasih Mu disana dicaci oleh manusia kerdil didunia ini..
Ya Allah..Malunya aku..Takutnya aku..Sebab aku tahu iman aku masih sedikit..Lebih kecil dari zarah yang aku sendiri tak nampak..
Ya Allah..Dimana tempat aku?? Di SyurgaMu atau NerakaMu.. ='(
Aku takut mati semasa hatiku mati..
No comments:
Post a Comment